Tahukah anda kebolehan membaca 'Tab' gitar iaitu singkatan kepada 'Tablature' akan mempercepatkan proses mempelajari gitar?
Tablature adalah alternatif kepada membaca 'Standard Notation', tapi berbeza dengan standard notation, tab amat mudah dibaca kerana ia hanyalah gambaran fretboard gitar yang akan memaparkan nombor fret yang perlu ditekan pada tali tertentu.
Bagaimana 'Tab' boleh membantu?
Pada masa ini terdapat banyak sumber pembelajaran gitar yang kita boleh temui, dan salah satu sumber yang utama adalah video-video di 'YouTube'. Jika anda perasan, kebanyakan video tutorial akan menyertakan tab gitar sebagai rujukan tambahan dan sekiranya kita boleh membaca tab gitar ini sambil menonton demonstrasi cara memainkan sesebuah lagu, bukankah lebih memberi kesan AKA mempercepatkan pemahaman kita untuk memainkannya. Untuk itu, saya sangat menggalakkan anda belajar membaca tab gitar kerana amat rugi jika diabaikan kemudahan belajar sebegini.

Sila tonton video dibawah untuk penerangan lebih jelas tentang cara membaca tab gitar:
Ulasan
Catat Ulasan